Tuan Blog

Hafizin Jamil. 25 tahun. AMARAN, jangan ambil serius apa dalam blog ini. Kota Bharu, Kelantan. Arsenal, in Arsene we trust.

author

SYURGA BUATMU ADIK-ADIK TAHFIZ ALHASYIMI

1 comment
Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa adik-adik tahfiz dari Maahad Tahfiz Alhasyimi di Kuala Krai, Kelantan. Dikhabarkan 6 orang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka. Mereka pergi pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan juga pada hari yang penuh mulia iaitu hari Jumaat.

Mereka bersahur di dunia, namun berbukanya insyaAllah bersama dengan makhluk langit yang sudah menanti mereka di sana.

Van yang dinaiki mereka telah terbabas dan merempuh sebuah rumah kayu yang berada di tepi jalan. Mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai menuju ke Kota Bharu untuk program tadarrus di Madinah Ramadhan, Kota Bharu. Perjalanan mereka adalah untuk ke tempat yang baik dan dengan niat yang baik. Mereka tidak sampai ke Madinah Ramadhan, tapi mungkin mereka sampai di taman-taman syurga.

Van yang merempuh rumah kayu. - Gambar Facebook.

Apa yang terkilan adalah ada lagi sebahagian manusia yang sibuk menyalahkan ustaz pengiring selaku pemandu van tersebut. Sedang manusia yang lain sedang berduka, sibuk pula dia mencari salah siapa. Sudahlah sibuk mencari salah, sibuknya dia sehingga membuat tuduhan-tuduhan yang tidak betul terhadap pemandu van tersebut.

Ada satu posting di Facebook yang mengecam pemandu van kerana memandu dalam keadaan mengantuk sehingga terbabas van yang dibawa. Katanya, ustaz tersebut tidak tahu mendahului mana yang utama kerana terlalu asyik beribadah di malam hari hingga ke Subuh yang menyebabkan dia mengantuk untuk memandu keesokan paginya. Tuduhan apakah yang sebegini? Dikatanya ustaz tersebut adalah seorang abiid (kuat beribadah) yang jahil.

Ya, posting tersebut ditulis oleh orang Melayu, beragama Islam dan seorang rakyat Malaysia. Kadang-kadang, terlintas sama ada orang sebegini mendapat pendidikan yang cukup atau tidak. Mungkin cukup, tetapi pelajaran akhlak dan budi pekertinya mungkin tidak setanding dengan ijazah ditangannya. Jauh nampak tersasar dari nilai-nilai manusia yang bertamadun.

Apa pun yang sebenar, usah sibuk menunding jari menuduh dan mengata orang. Benda yang belum lagi betul dan masih dalam siasatan. Dua guru pengiring yang merupakan ustaz di situ terselamat dan kita tidak berada di tempat mereka, menyelam rasa hati dan perasaan mereka. Bagaimanakah perasaan kita bila berada di tempat mereka? Amat berat perasaan yang terbeban di jiwa mereka.

Yang betul setakat ini, punca kemalangan adalah disebabkan tayar pecah semasa pemanduan dan pemanduan ketika itu adalah sederhana laju. Mungkin 70-80 kilometer sejam? Wallahualam. Doakan mereka agar bersama dengan para soleh dan moga-moga yang terselamat cekal hati dan semangat untuk menempuh hari yang mendatang. Ini adalah ujian Allah buat hambanya yang kuat di bulan Ramadhan penuh keberkatan.

Gambar screenshoot punca kemalangan dari Facebook Ustaz Ubaidillah.

Read More

PERMULAAN 2017

Leave a Comment
Mungkin masih belum terlewat untuk satu entry menyambut kedatangan tahun baru. Apa yang ada pada tahun 2017 bakal dicorakkan dengan satu corak yang indah. Mungkin. Mahu saja yang indah, tapi belum tentu indah seperti yang kita inginkan. Boleh jadi indah itu datang selepas berlalunya seribu kecewa.

Tapi, usah risau. Hidup ini adalah hidup yang bertuhan. Dan semuanya tak akan berlaku tanpa adanya izin dari Tuhan. Bukankah begitu apa yang kita pegang selama ini? Sebab beruntungnya jadi mukmin dan muslim adalah bilamana dia ditimpa musibah dan ujian dari Tuhan, dia bersabar. Bilamana dia diberi nikmat dan kurniaan, dia bersyukur.
Read More

Tahniah Hafiz Zaki

6 comments


Tahniah dan mubaraak kepada sahabat, Hafiz Bin Zaki dan pasangannya atas bertukar status daripada bujang menjadi suami. Memang patut bagi dia untuk naik pelamin dahulu berbanding dengan aku sebab dia ni umur dan lanjut. Sebelum umur dia masuk 30-an, elok benar la tu dia kawin dan membina rumah tangga dan juga beranak pinak.

Semoga perkahwinan yang dibina ini selamanya bahagia dan kekal aman. Perkahwinan itu bukan sahaja pada menghalalkan ikatan, tetapi tanggungjawab yang bakal dihadapi begitu besar dan kadang kala ianya teramat berat. Itu apa pengalaman orang yang dah kawin duk cakap la. Kalau aku nak kata pengalaman aku, mesti ramai yang tak percaya.

Apa-apa pun, sekarang ni musim orang bernikah sempena cuti sekolah. Asal cuti sekolah je, ada yang menikah. Asal nak menikah je kena musim cuti sekolah. Habis jalan jadi jem. Susah betul. Masa cuti ni la nak jalan-jalan. Bila jalan jem, tak jalan-jalan la jawabnya. Haha.

Bagi orang lain kawin dulu. Turn kita tak sampai lagi. Orang tua-tua cakap, kalau dah jodoh tak kemana. Kan? Tunggju aje dia datang. Tapi sekarang zaman GPS, tak tahu la kenapa jodoh tak sampai-sampai lagi. Mungkin jodoh sebelah sana pun tunggu jodoh dia kat sini yang datang. So, first step siapa dulu ni...?
Read More

SESI 2016 BAKAL BERMULA

12 comments
Selang 2,4 hari lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Jadi guru ni kadangkala rasa puas dan bosan bila tak bersua muka dengan anak-anak murid. Kalau lama sangat menghadap mereka, kadang-kadang tu ada rasa serabut dan serba tak kena bila tengok mereka. Habis, mana satu perasaan yang sebetulnya? Haha.

Budak-budak kat sini akan datang ke asrama pada Sabtu ini (2 Januari 2016) dan sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya. Tapi, kebiasaannya, memang tak akan mula belajar terus la pada keesokan harinya. Nak kena kemas kelas, nak tunggu pembahagian buku teks dan ditambah pula dengan kalut para guru untuk menyambut pelajar baharu Tingkatan 1. 

Pelajar Tingkatan Satu yang baru akan datang mendaftar pada hari Isnin iaitu selang 2 hari dari pelajar-pelajar lama. Ini untuk mengelakkan daripada kelam-kabut pada hari pertama persekolahan. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan keadaan dan dapat membuat persiapan dengan seeloknya dan aku pula kena bertanggungjawab untuk buat pamplet untuk edaran ibu bapa pada hari pendaftaran tersebut. Satu pun tak buat lagi. Hmmm..

Tahun 2016 nampaknya jodoh aku masih lagi dengan sekolah ini. Mencuba untuk berkhidmat sehabis mampu dalam perjalanan mencari secebis pengalaman bagi mengisi warna-warna kehidupan. Ramai yang tanya, kenapa tak mohon jawatan guru tahfiz yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hari tu? Rugi la tak minta, ramai yang dia nak pakai tu...


Read More

REVIEW NASI ARAB - LAMB KABSAH

4 comments
Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..?

Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je. 

Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza madghout. Boleh katakan semua dalam menu tu dia explain. Dia melayan je lah mungkin sebab aku ni customer pertama yang masuk kedai dia hari tu. Katanya nasi arab ada, tapi kena tunggu dalam 10 minit sebab tengah masak atas dapur.

Akhirnya, 3 lamb kabsah (kabsah kambing) dan 1 teko kecil syai (teh) adani. Syai adani sebiji macam teh susu cumanya dia letak rempah macam cengkih blend dan dicampur dalam teh susu tu. Rasa herba-herba la sikit tapi tak kaw dan tak power masa aku minum dekat Madinah hari tu. Susu kurang, teh lebih, kurang lemak. Pandai komen je ni, tapi habis juga 1 teko teh adani tu. Haha.

Jadi, komen untuk kabsah kambing ni, nasi dia memang banyak. Tersangat banyak. Masa sampai tu aku siap tanya, ni yang regular kan kak? Aku ingatkan yang large punya. Tapi jangan risau, habis semuanya masuk dalam tangki simpanan sementara. Lauk dia juga banyak dan kuah dia sedikit ceroi. Untuk keseluruhannya, memang memuaskan dari segi rasa dan kuantitinya biarpun masih tidak dapat menandingi nasi arab di Madinah. 4 bintang daripada 5 bintang. Boleh la kot.

Berbaloi dengan harga. Sepinggan regular harganya cuma RM 22. Kalau yang large harganya dalam RM 32 kalau tak silap. Yang large tu aku tak tahu lah besar mana dan banyak mana nasi dengan lauknya. Kalau sorang, confirm tak habis dan tak muat dengan tangki aku. Tangki orang lain aku tak tahu. Syai adani pula harganya RM 8 untuk satu teko. Cukup la untuk 3 orang minum.

**Masa tunggu nasi kabsah tu sampai, nasib baik tak order ma'sub (pisang blend dengan roti arab). Kalau tak, confirm tak habis dan kena bungkus bawa balik. 






Read More

Yeay... Cuti

4 comments
Yeah. Rabu. Baru dengan rasminya dapat isytiharkan cuti dengan rasminya. Cuti penggal akhir tahun. Cikgu-cikgu kan, biasalah tu. Orang kata, cuti cikgu sama cutinya dengan anak murid. Kalau murid cuti, maknanya guru pun cuti. Cuti cikgu adalah sama banyak dengan cuti murid. Silap-silap, cikgu siap boleh tambah cuti lagi kan?

Bukan cikgu sedap la sembang...

Baru dapat merasai cuti adalah kerana sekolah tempat aku bertugas baru sahaja habis program atau pun sesuai dipanggil dengan nama kelas intensif. Kelas ini dikhusus dan diwajibkan kepada pelajar yang lemah dalam hafazan Al-Quran mereka. Setiap tahun, semua pelajar perlu memastikan hafalan mereka berada di muka surat mana, yang mana tidak mencapai target atau pun garis sukatan yang ditetapkan, mereka ini adalah yang tergolong dalam kumpulan lemah.

Jadi, kelas ini bermula pada Khamis yang lepas lagi, 10 Disember 2015. 5 hari berturut-turut. Diganyang sehabis masa dalam sehari untuk memastikan para pelajar ini punya ruang dan masa untuk fokus kepada Al-Quran dengan sepenuhnya. 8 jam sehari kelas dengan 4 sesi atau pun slot. Sebagai info tambahan, sekolah ini bermula cuti pada Khamis yang lepas. Pelik kan? Baru cuti. Cuti-cuti sekolah ni tak sama dengan cuti kebanyakan sekolah kementerian di Malaysia.

Cumanya, bila difikirkan balik dan ditengok balik laporan bagi setiap kelas sepanjang kelas intensif ini, kesedaran murid untuk menghafal dan mencukupkan diri dengan sukatan yang telah ditetapkan masih lagi berada di tahap yang rendah. Murid itu ada daya dan mampu untuk menghafal tetapi tiada keinginan dan semangat untuk menggapai objektif kelas intensif ini. Macam mana boleh tahu murid itu mampu sebenarnya? Cikgu kenal la murid dia macam mana...

Apakah mungkin hidayah belum lagi sampai ke dalam dada-dada mereka?

Atau, adakah itu tanda mereka ingin protes akan sesuatu?


Read More

DILEMA DI PERSIMPANGAN - TAHFIZ ATAU SAINS?

5 comments
Katakan kita di persimpangan. Antara jalan ke kanan atau ke kiri yang patut kita ambil. Kita confuse dan serba salah. Pelbagai pertanyaan dan andaian timbul di benak fikiran apa yang bakal berlaku sekiranya kita ambil jalan tersebut. Kalau diambil jalan A, akan jadi bla bla bla... Kalau diambil jalan B pula akan bla bla bla. Masing-masing ada pro dan kontranya. Ada kurang dan ada lebihnya.

Sekarang ni aku mengajar di sebuah cawangan sekolah tahfiz. Sekolah ini cuma sampai di tingkatan empat sahaja dan untuk tingkatan lima, mereka diberi pilihan untuk menyambung di mana-mana sekolah pilihan mereka. Sekiranya mereka cukup syarat yang ditentukan oleh sekolah tahfiz induk, mereka dibenarkan untuk sambung ke sekolah tahfiz induk tersebut biar pun ianya tidak wajib dan mereka juga boleh memilih untuk ke mana-mana sekolah pilihan mereka sekiranya mereka mahu.

Apatah lagi bagi yang tidak cukup syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah induk tersebut. Mereka bebas.

Katakanlah ada seorang pelajar. Dia berada dalam keadaan dilema dan confuse tahap 7 bima sakti. Dia mahu ambil aliran sains tetapi di sekolah tahfiz induk tersebut, dia hampir pasti tidak dapat mengikutinya kerana keputusan akademiknya tidak berapa membenarkannya. Begitu juga sekiranya dia ingin mengambil perakaunan, dia tidak membuat kerja kursus semasa dia berada di tingkatan empat kerana dia berada di kelas yang kedua yang mengikut perkiraan, dia tidak sempat mengikuti flow pengajian. Jadi, dia hanya dapat mengambil aliran ekonomi yang mungkin bagi generasi Y sekarang, ianya suatu aliran yang paling longkang. Low class.

Sekiranya dia ingin pergi ke sekolah satu lagi. Sekolah yang boleh dikatakan agak high class dengan pelajarnya mencecah ribuan dan juga sudah mencipta rekod dan nama bahawa ramai pelajar yang cemerlang lahir daripada sekolah tersebut. Tetapi sayangnya, sekolah itu tiada sistem tahfiz, tiada kelas tahfiz dan sekolah itu merupakan sekolah harian dan bukannya berasrama sepenuh masa. Dia boleh ambil aliran sains jika mahu, dia boleh ambil subjek addmath jika mahu, dia boleh ambil prinsip perakaunan jika mahu, tetapi, apa yang pastinya, dia kemungkinan akan meninggalkan Al-Quran 30 juz yang dihafalnya disebabkan tiada sistem tahfiz dalam sekolah tersebut.

Mungkin dia dapat meyakinkan diri sendiri dengan mengatakan pada dirinya yang penjagaan Al-Quran itu sebenarnya atas individu. Sekiranya dia pandai mencuri masa untuk mengulang, pandai membahagikan masa antara masa untuk menelaah akademik dan masa untuk murajaah Al-Quran, pasti tidak akan timbul masalah tiada masa dengan Al-Quran. Pasti tidak akan timbul persoalan sempat ke tidak untuk dia menjaga Al-Quran sekiranya memasuki sekolah yang padanya tiada sistem tahfiz. Itu semua terpulang pada diri masing-masing.

Ya. Memang betul. Pelajar itu perlu mengukur kemampuannya dan keupayaannya. Dia sendiri yang tahu di mana kekuatan dan kelemahannya. Di mana kekuatan dalamannya atau pun keazamannya dalam menjaga hafalan Al-Quran? Sekiranya berada di tahap tertinggi, sudah tiada masalah. Sekiranya lancar tanpa tergagap-gagap hafalan Al-Qurannya, sudah pasti tiada apa yang hendak dipertikaikan. Al-Quran padanya sudah cair (istilah orang-orang hafiz).

Apa yang dirisaukan cuma hilangnya Al-Quran di dalam dada. Apa yang ditakuti adalah sia-sia sahaja apa yang dihafal selama 4 tahun. Hafal Al-Quran bukan seperti hafal mantera semerah padi. Hafal Al-Quran adalah menghafal mukjizat dan menghafalnya adalah suatu pahala yang besar dan juga suatu amanah yang besar juga untuk menjaganya. Itu belum cerita bab mengamalkannya. Tidakkah Allah ada berfirman yang sekiranya Al-Quran itu diturunkan kepada bukit, nescaya bukit itu tunduk dan hancur berkecai kerana takutkannya?

Apakah kita tidak takut? Tidakkah juga Allah berfirman yang bahawasanya Allah lah yang menurunkan Al-Quran dan Dia sendiri akan menjaganya? Adakah kita lupa, selama mana kita menjaga Al-Quran, selama itu Allah akan menjaga kita? Lupakah kita? Masa untuk kita membuat penilaian dan keputusan selama mana belum lagi sampainya deadline. Keputusan berada di tangan kita. Fikir dan bincang dan mesyuarat apa yang terbaik bagi diri kita. Fikir untuk 20 dan 30 tahun yang akan mendatang.

Bukan untuk mempertikaikan sekolah harian atau pun sekolah aliran sains dan seumpamanya. Bukan sama sekali. Bukan juga untuk menghalang mengambil aliran sains, dan bukan juga untuk menggalakkan para pelajar untuk pergi ke sekolah aliran tahfiz. Hanya sekadar membuka kotak pemikiran. Ingat, keputusan adalah apa yang anda sendiri putuskan. Bukan orang lain. Ini adalah kehidupan anda, bukan kehidupan orang lain.

Sekiranya ketika berada di sekolah yang padanya ada sistem tahfiz pun kita masih liat untuk mengulang Al-Quran, kita sudah dapat fikirkan, dapat bayangkan, liat jenis manakah yang akan berkembang-biak sekiranya tiada sistem tahfiz di sekolah tersebut. Belum lagi dihuraikan bab pergaulan dan jenis-jenis kawan yang kita akan dapat. Cerminan diri kita adalah kawan kita. Jangan lupa yang itu.

Sekiranya tiada mujahadah, tiada kesungguhan untuk menjaga Al-Quran dalam suatu suasana yang tiada sistem tahfiz, bersediakah untuk anda kehilangan Al-Quran anda? Sanggupkah untuk tukar semua yang bersifat keduniaan itu dengan Al-Quran? Al-Quran, sekiranya sudah luput dari dada adalah seumpama unta yang sudah terlepas tali ikatannya. Hilang merayau di padang pasir berkurun lamanya. Antara dapat atau tidak untuk anda mendapatkannya kembali.


Read More

JADIKAN PAPARAN FACEBOOK DI CHROME LEBIH MENARIK, RINGAN DAN LAJU

3 comments
Contoh paparan FB menggunakan extension Facebook Flat


Ada sesiapa yang pakai chrome sebagai browser untuk surf internet. Bagi aku, setakat ni, browser Chrome tak pernah mengecewakan cumanya ia memakan banyak sedikit memori kalau bukak lama - lama. Rasanya semua browser macam tu. Jadi, kalau sesiapa yang pakai laptop atau pc yang ram dia 4GB ke atas memang tak rasa sangat lah kalau guna Chrome lama-lama. Kalau tak pun dia akan crash je. Haha.

Untuk yang selalu surf Facebook di Chrome, aku nak kongsi satu extension yang menarik. Extension yang kalau kita install di Chrome, paparan Facebook kita akan nampak lebih menarik dan tidak berserabut dengan pelbagai iklan yang menyakitkan mata yang memandang. Mana tahu kan, korang tak nak tengok iklan-iklan yang menggiurkan hati sehingga korang terpaksan menghabiskan duit dengan shopping online. 

Extension ni namanya Facebook Flat dan korang boleh je search dekat Chrome Webster. Lepas tu klik add to chrome. Laptop aku ada problem nak install. Bila tekan butang add to chrome, akan keluar pop up cakap network error. Padahal internet okay je. Jadi, aku install pakai file .crx. Kalau korang ada masalah, boleh cuba download file .crx dahulu dan install secara manual. Cara tu setakat ni memang tak ada masalah untuk install.


Jika korang rasa paparan FB korang tak menarik atau rasa semakin menyerabutkan, jangan salahkan aku pula. Aku cuma kongsi apa yang aku rasa bagi aku tu okay dan mesra pengguna. Haha. Risiko di tangan anda sendiri. Alaaa.. benda boleh uninstall, bukan efek dia kekal dekat Facebook korang. Jangan nak risau sangat. Try dulu, baru tahu. Haha.
Read More

MIMBAR JUMAAT 21 OGOS 2015

Leave a Comment


Nampaknya slot mimbar Jumaat berehat untuk beberapa seketika. Blog sepi dari sebarang entry. Pada Jumaat penghulu hari ini, entry Mimbar Jumaat kembali menjengah. Ada apa dengan Mimbar Jumaat hari ini? Ada apa ye..? Hmm.. Lain orang, lain kandungan Mimbar Jumaat yang mereka dapat.

Mimbar Jumaat di Masjid Kubang Sepat, Pasir Mas hari ini membicarakan tentang bulan Haji. Sesuai dengan isu semasa yang seputar tentang dunia umat Islam yang mana musim sekarang adalah musim Jemaah Haji berdondong untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke… Ke berapa eh? Rukun Islam yang kelima kan? Jemaah haji di Malaysia yang pertama rasanya dah bertolak pergi kan? Kalau pergi awal, mungkin jemaah akan singgah di Madinah terlebih dahulu, selepas itu baru mereka akan pergi ke Mekah.

Tok Khatib berbicara tentang pahala orang yang menunaikan haji. Bagi sesiapa yang menunaikan haji yang mabrur, maka baginya adalah syurga daripada Allah Taala. Tok Khatib juga mengingatkan yang berapa ramai yang sudah mendapat peluang untuk pergi ke Mekah, tetapi masih tidak lagi diberikan peluang untuk menunaikan ibadat haji. Mungkin ianya cubaan dan juga dugaan daripada Allah Taala.

Jadi, jangan putus harapan untuk menagih doa kepada Allah Taala agar dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamuNya di hadapan rumahNya iaitu Kaabah. Tidak inginkah kita semua menjadi tetamu Allah? Jika kita menjadi tetamu manusia pun, layanan kita yang dapat sudah bukan kemain istimewa, apatah lagi jika kita menjadi tetamu Allah. Raja untuk sekalian makhluk. Dapatkah bayangan layanan maha istimewa yang kita terima daripada Allah diimaginasikan dalam kotak fikiran kita?


Pengalaman haji di Mekah amat besar. Ada beribu hikmah dan pelajaran yang kita boleh ambil dari perjalanan haji kita. Sedari kita dari Malaysia sehinggalah kita menjejak kaki di Arab Saudi. Kita boleh tengok, fikir dan nilai dengan akal pengajaran dan pelajaran yang kita dapat. Banyak. Falsafah haji itu begitu banyak untuk dirungkaikan. Jangan lupa untuk selalu selitkan doa agar kita berpeluang menjadi tetamuNya. Tidak tahun depan, mungkin tahun depan lagi. Tidak juga? Mungkin 10 tahun lagi. Rezeki kita, semuanya sudah dicatat dengan kemas dan teratur.
Read More
Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia