Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Malaysia April Ini

Malaysia semakin panas. Panas dek musim kemarau yang sedang melanda. Paras air di sungai - sungai utama pun semakin menyusut. Sungai Kelantan pun aku boleh nampak penyusutannya yang boleh dikatakan agak banyak. Beberapa bulan yang lepas, aku saksikan yang paras air Sungai Kelantan, arusnya hampir mencecah jambatan arusnya. Hari ini aku saksikan butir - butir kasar pasir kelihatan jelas di dasarnya. Alhamdulillah. Semalam hujan menimpa bumi ini. Rahmat untuk semua. Binatang, tumbuhan dan manusia yang serba bijak dalam serba serbi perkara. Bijak, tapi tak pandai untuk bersyukur atas anugerah yang diberikan. Berbalik kepada topik Malaysia yang semakin panas tadi, bahangnya belum lagi hilang biarpun selebat mana hujan yang turun mencurah di atas tanah yang pernah terkenal dengan lubuk emas pada suatu ketika dahulu. Sejarah Tanah Melayu. Kian dilupakan. Bukan? Panas dengan GST masih belum lagi hilang. Katanya akan ada demo besar - besaran pada 1 Mei ni. Entah jadi entah tidak. Demo