Nampaknya slot mimbar Jumaat berehat untuk beberapa seketika. Blog sepi dari sebarang entry. Pada Jumaat penghulu hari ini, entry Mimbar Jumaat kembali menjengah. Ada apa dengan Mimbar Jumaat hari ini? Ada apa ye..? Hmm.. Lain orang, lain kandungan Mimbar Jumaat yang mereka dapat. Mimbar Jumaat di Masjid Kubang Sepat, Pasir Mas hari ini membicarakan tentang bulan Haji. Sesuai dengan isu semasa yang seputar tentang dunia umat Islam yang mana musim sekarang adalah musim Jemaah Haji berdondong untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke… Ke berapa eh? Rukun Islam yang kelima kan? Jemaah haji di Malaysia yang pertama rasanya dah bertolak pergi kan? Kalau pergi awal, mungkin jemaah akan singgah di Madinah terlebih dahulu, selepas itu baru mereka akan pergi ke Mekah. Tok Khatib berbicara tentang pahala orang yang menunaikan haji. Bagi sesiapa yang menunaikan haji yang mabrur, maka baginya adalah syurga daripada Allah Taala. Tok Khatib ju
melakar apa yang minda sering kusut